Monday, 29 July 2013

TERUS TERANG


Selamat pagi semua...... Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan izin-NYA masih dapat bernafas di dunia ini. Korang pernah x berterus terang kepada sesiapa sahaja sahabat, kawan @ ahli keluarga tentang sesuatu perkara yang mungkin selepas itu ianya akan menjadi satu benda yang positif @ negatif. 

Kadang kala terus terang itu sangat baik dalam meneruskan hubungan persahabatan dan ianya boleh menyebabkan kehilangpercayaan seseorang itu kepada kita. Mungkin orang yang hendak berterus terang itu ingin memperbaiki diri tapi tidak semestinya orang menerima penerangan itu akan bersikap baik, kadang-kadang seseorang itu akan disindir atau diperli.

Aku banyaklah juga pengalaman tentang terus terang ni. Kebanyakannya bersikap negatif kerana orang yang menerima penerangan itu tidak boleh menerima alasan yang kita beri dan akan menjauhkan diri kepada kita. Tapi x apa kita hendaklah tanggung risiko tersebut demi kebaikan untuk diri kita dan boleh memperbaiki diri selagi nyawa masih di badan.

Berkaitan kemaafan daripada pihak yang menerima penerangan itu ia adalah hak mereka samada mahu memaafkan atau tidak. Jika mereka memutuskan untuk menjauhkan diri daripada kita, kita harus menerima pilihan mereka dengan hati yang terbuka. In Sha Allah semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Wallahualam..... 


Sunday, 28 July 2013

CIKGU SAYANG KAMU SEMUA


Selamat petang semua.... Alhamdulilah dah 19 hari kita berpuasa. Tahun ni tahun ke-4 Aku mengajar mereka-mereka ni. Dari umur mereka 10 tahun sampailah sekarang umur mereka dah pun 13 tahun. Sangat sedih bila suatu hari nanti mereka akan pergi meninggalkan aku.


Mereka sangat istimewa bagi aku. Sentiasa buat aku happy dan bersemangat untuk masuk ke kelas. Setiap mereka ada kelebihan tersendiri. Tahun depan mereka akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga mereka berjaya wahai anak2ku.




CIKGU SAYANG KAMU SEMUA....

Monday, 22 July 2013

SABAR....

Salam Ramadhan ke-14 buat semua.....

Bulan Ramadhan ni bulan memang menguji kesabaran aku, Ya Allah memang hebat sangat dugaan yg kau berikan. Kadang-kadang aku x boleh sabarkan diriku ini berhadapan dengan manusia yang x punya hati dan perasaan. X menghargai apa yang telah kita lakukan dan bersifat kepura-puraan. Aku bukan mengharap pun penghargaan yang dia berikan cuma tahu istilah kerjasama dan keberadaan dalam satu komuniti. Penat dah bagi nasihat tapi tetap sama, sama seperti mencurah air ke daun keladi. Sia2 dan tidak pernah ada usaha untuk berubah.

Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri, cakap terus terang pun buat x tahu inikan lagi cakap kiasan. Ya Allah kau betul2 menguji hambamu ini. Semoga Ramadhan tahun ni memberi sifat sabar kepada diriku ini. Mungkin bila aku dah tiada lagi kata2 nasihat aku tu menjadi pendorong untuk dia. Kau bukakanlah hatinya Ya Allah...

Amin.....

Tuesday, 16 July 2013

BERKAT BULAN RAMADHAN

Hari ni dah masuk ramadhan yang ke-8. Alhamdulilah masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi Allah yang indah ini. Makhluk mana di muka bumi ini tidak diuji dengan dugaan? Haiwan juga turut diberikan dugaan tetapi mungkin kita manusia ni x sedar.

Hampir dua minggu aku dilanda kebimbangan. Banyak benda yang aku bimbangkan. Kerana satu amanah yang diberikan kepada aku dan disitu jugalah aku tahu ada orang yg x suka kita, cemburu pada aku. Apalah dia nak cemburukan aku. Bukan ada apa pun pada diri aku ni.

Alhamdulilah...... minggu lepas amanah itu telah ku ceritakan pada orang yang betul dan ianya diselesaikan dengan cara yang baik. Gembira sangat sebab kebimbangan akan hal itu yang kadang kala membuat aku stress tapi ianya satu pengalaman yang sangat baik.

Betul kadang2 benda yg berat itu perlu kita ceritakan pada orang untuk mengurangkan beban di bahu tapi amanah dari orang yang percaya pada kita perlulah kita jaga. Aku amat bersyukur kawan2 sentiasa memberi kata perangsang.

X payahlah kita nak ceritakan benda yg x betul kepada orang lain sedangkan kita tahu itu satu kesalahan. Alhamdulilah...... sekarang nama aku telah dibersihkan dan aku amat bersyukur pada mu ya Allah. Thank You Allah.

Betul ek doa orang yang teraniaya ni akan termakbul? Sekarang aku rasa lega walaupun hamba Allah itu tidak bersemuka dengan aku dan memohon maaf atas benda yang dia buat pada aku tu.

Sekarang aku diberi satu amanah lagi untuk menolong anak istimewaku menuju ke jalan yang benar. InsyaAllah akan aku lakukan hingga dapat mengubahnya menjadi lebih baik. Di samping dapat juga aku mengubah diri aku ini.

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

Monday, 15 July 2013

MUSABAQAH MURID PEKAK

Assalamualaikum..... 

Dah lama x mengadap blog ni. Busy sikit lately ni. Banyak benda yang aku buat sepanjang x update blog ni. Kali ni aku nak citer pasal MUSABAQAH untuk murid pekak. Program ini dianjurkan oleh UM buat pertama kalinya di Malaysia dan di dunia. Alhamdulilah ada juga pihak yang sudi untuk buat MUSABAQAH untuk murid pekak ni.

Kebiasaannya, MUSABAQAH banyak diadakan untuk murid normal dan juga untuk murid istimewa daripada kategori masalah pembelajaran dan masalah penglihatan. Untuk murid pekak selalunya hanya pertandingan khat dan pertandingan bercerita je. Alhamdulilah kali ni, murid pekak diperkenalkan dengan kaedah membaca al-quran menggunakan bahasa isyarat. 

Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan NASYID KOD TANGAN, KHAT, HAFAZAN dan juga TILAWAH. Sekolah aku menghantar dua orang wakil untuk pertandingan khat, dua orang untuk pertandingan tilawah dan satu kumpulan nasyid yang terdiri daripada sepuluh orang murid di bawah bimbingan aku sendiri

Bersama murid nasyid lelaki..

Murid nasyid perempuan

Alhamdulilah..... berikut keputusan majlis MUSABAQAH untuk sekolah aku :

NASYID KOD TANGAN : TEMPAT KE-4 (SIJIL DAN RM750)
KHAT LELAKI : NAIB JOHAN - MOHD SUDIRMAN (PLUG+SIJIL+RM200)
KHAT PEREMPUAN : TEMPAT KE-3 -NUR ATIRAH (PLUG+SIJIL+RM100)
TILAWAH LELAKI : TEMPAT KE-3- M. FIRDAUS (PLUG+SIJIL+RM100)
TILAWAH PEREMPUAN : JOHAN - AMIRAH SYUHADA (PLUG+SIJIL+RM300)

Amirah Syuhada (Johan Tilawah perempuan)

Alhamdulilah rezeki kami untuk kali ini. Tahun depan akan berusaha lebih lagi. Sekalung terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam melatih murid2 ini.

Friday, 7 June 2013

99 Kali Rindu.....

Assalammualaikum semua.....

Pagi ni berkesempatan untuk menonton cerita 99 kali rindu, rupanya cerita ni sambungan cerita 7 Petala Cinta. Cerita yang membuatkan aku menangis, insaf dan ingat pada semua yang aku sayang. 

Sebagai orang islam kita hendaklah sentiasa berdoa jika berlaku dugaan pada kita dan bersyukur bila dapat apa yang kita mahu. Bila tengok cerita ni aku mula ingat pada dosa2 yang pernah aku lakukan. Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku ini sesungguhnya aku banyak melakukan kekhilafan Ya Allah. 

Kedua, membuat aku teringat pada keluargaku, Ya Allah, bayangkanlah jika aku xde mak ayah macamana, mesti sedih. Terus rasa nak peluk mak dengan ayah aku. Aku tahu aku banyak wat salah juga dengan mereka. Rindu telatah adik-adikku yang mencuit hati. Sekejap je rasa cuti kali ni. Nanti raya aku balik lagi. Tanpa mereka siapalah aku kan. Ya Allah, panjangkanlah umur keluarga ku Ya Allah.

Selain itu, aku juga merindui arwah nenek dan atukku. Ya Allah rindu sangat dengan mereka. Rasa baru semalam kau mengambil mereka pergi daripadaku. Rindu sangat pada mereka, hanya Allah yang tahu. Tiada sesiapa yang dapat menganti mereka. Ingat lagi semasa aku demam arwah neneklah yang selalu memicit kepalaku. Bila aku muram, mereka selalu menanyakan aku dan sentiasa menjadi pendengar yang baik bagi setiap apa yang aku perkatakan. Kenapa cepat sangat mereka pergi, aku rindu sangat pada mereka Ya Allah. Wan, Apak maafkan aku ya. Al fatihah buat mereka. 

Terima kasih Ya Allah kerana segala doaku kau makbulkan. Terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menolong aku bila aku dalam kesusahan. Walaupun aku berseorangan, tapi kau telah menemukan aku dengan sahabat2 yang baik padaku Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki pada mereka2 yang menolongku Ya Allah. X lupa juga pada anak2 muridku, maafkan cikgu jika cikgu ada marah dan membuat kalian bersedih. Nanti hari isnin kita jumpa ya....

Marilah sama2 juga kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana dia sentiasa ingat kepada diri kita. Ya Rasullulah kau lah model kepada kami semua. 

1:12 p.m

Mood : Rindu pada mereka semua.


Sunday, 2 June 2013

Last Day Kat Kampung

Selamat pagi semua.....

Bulan Jun dah muncul, cepatnya masa berlalu. Hari ni hari terakhir di kampung, esok dah balik ke Shah Alam sebab 5-7 hb ada kursus. Semalam menghadiri dua majlis perkahwinan di sekitar kawasan rumah. Macam biasalah soalan org kat kita yg masih bujang ni. Bila nak kawin? Dah ada calon ke? Cepat2lah nak rasa nasi minyak lak. Aku mampu senyum jer.. Senyum dan terus senyum. Ada jodoh kawinlah aku nanti. Doalah untuk aku ya kawan2 sekalian...

Balik kampung aku suka duk umah jer. X tahu nak pi mana. Xde siapa yg mahu di ajak kuar. Biasalah org lain dah kawin kan. aku je tak lagi.

MOOD : Biarlah apa org nak kata, just senyum jer...