Monday 29 July 2013

TERUS TERANG


Selamat pagi semua...... Alhamdulilah syukur ke hadrat ilahi dengan izin-NYA masih dapat bernafas di dunia ini. Korang pernah x berterus terang kepada sesiapa sahaja sahabat, kawan @ ahli keluarga tentang sesuatu perkara yang mungkin selepas itu ianya akan menjadi satu benda yang positif @ negatif. 

Kadang kala terus terang itu sangat baik dalam meneruskan hubungan persahabatan dan ianya boleh menyebabkan kehilangpercayaan seseorang itu kepada kita. Mungkin orang yang hendak berterus terang itu ingin memperbaiki diri tapi tidak semestinya orang menerima penerangan itu akan bersikap baik, kadang-kadang seseorang itu akan disindir atau diperli.

Aku banyaklah juga pengalaman tentang terus terang ni. Kebanyakannya bersikap negatif kerana orang yang menerima penerangan itu tidak boleh menerima alasan yang kita beri dan akan menjauhkan diri kepada kita. Tapi x apa kita hendaklah tanggung risiko tersebut demi kebaikan untuk diri kita dan boleh memperbaiki diri selagi nyawa masih di badan.

Berkaitan kemaafan daripada pihak yang menerima penerangan itu ia adalah hak mereka samada mahu memaafkan atau tidak. Jika mereka memutuskan untuk menjauhkan diri daripada kita, kita harus menerima pilihan mereka dengan hati yang terbuka. In Sha Allah semua kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Wallahualam..... 


No comments:

Post a Comment