Friday 27 December 2013

Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya

Assalamualaikum semua......

Bila tengok blog yang dah bersawang ni, teringin rasa hatiku untuk menulis semua. Tahun 2013 dah hampir ke penghujungnya, aku masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupanku ini. Alhamdulilah semua dapat aku tempuh walaupun aku tahu aku xdelah sekuat mana. Betul cakap rakanku, kita akan sentiasa mengingati Allah jika dugaan itu menimpa kita. 

Awal tahun aku begitu semangat untuk menempuh kerjaya aku sabagai guru ini dan merangkap guru data. Tapi langit itu tidak selalunya cerah. Aku masih ingat masa tu bulan MAC aku diberi dugaan yang hebat dimana aku difitnah sehinggakan aku tidak dibenarkan berbaik dengan seseorang yang aku sangat sayangi. Aku terima dengan muka yang tersenyum, padahal hatiku ini terluka bab dihiris pedang yang tajam. Aku meneruskan hidup dengan prinsip BERANI kerana BENAR, TAKUT kerana SALAH. Alhamdulilah..... berkat kesabaranku, Allah telah menunjukkan semua kebenaran dan orang yang aku sayang tu telah kembali baik dengan aku dan keluarganya juga begitu memberi kepercayaan kepadaku. Itulah kuasa Allah,ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.

Siapa yang x mahu ada keluarga yang sangat bahagia, saling menyayangi dan sentiasa berpaut antara satu sama lain. Sejak umur aku 12 tahun sampailah sekarang, aku x tahu kenapa dugaan ini x pernah pergi dalam hidup keluarga aku. Mungkin kami ada buat salah, itu sebabnya Allah memberi dugaan yang hebat ini. Semoga semua yang berlaku ni ada hikmahnya.

Dulu aku memang x kuat, aku x mampu melepaskan seorang sahabat yang sangat aku sayangi, tapi kini alhamdulilah... aku dah mampu hidup tanpa memikirkan sahabatku ini. Aku tahu dia dah memiliki keluarga yang sangat happy dan bahagia. Aku sentiasa mendokan kebahagiaannya. Jika dulu, aku akan menanti dia menjengukku, tapi kini aku xkan menantikan dia sebab aku tahu apa yang aku harapkan itu akan menyebabkan aku sakit. Moga kami terus menjadi sahabat hingga akhir hayat. Amin...

P/S : Janganlah kita mengeluh dengan setiap dugaan yang menimpa kerana ianya pasti ada hikmahnya. TQ Allah.