Wednesday 28 August 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU


Selamat Penganti Baru buat rakan sekerja, En . Muhammad Faiz dan Adik angkatku, Pn. Nurul Iryana. Klau korang nak tahu mereka ni bertemu di SKPK Selangor, tempat aku mengajar sekarang. Sangat sweet tengok diorang ni. Semoga Bahagia hingga ke Jannah. 


Gambar ni kidnap daripada wall FB diorang. Sangat Comey...


Saturday 17 August 2013

SAMBUTAN HARI RAYA


Assalamualaikum dan salam 11 Syawal semua.... Alhamdulilah dah masuk hari ke-11 dalam bulan Syawal. Gambar kat atas tu adalah gambar kami sekeluarga. Walaupun xde gambar penuh, sempat jugalag snap. Tahun ni kami pilih tema warna biru walaupun tema asalnya lain.Tahun ni sempat juga menziarahi kubur arwah apak ngan wan. Tahun lepas sempat lagi beraya dengan apak, tahun ni apak dah xde. Rindu pasti ada, tapi kita harus teruskan kehidupan kita.


Ni lah baju raya Fik walaupun baju ni dibeli awal tahun sebab pada asalnya tema lain dan dah siap tempah pun. InsyaAllah sambutan hari raya kat sekolah Fik akan pakai baju raya tu. hihihi...


Pertemuan yang dirancang.... Ni baru kami berlapan, klau semua ada ni pasti kecoh. Alhamdulilah, persahabatan kami masa sekolah sangat utuh dan still contact. Sangat seronok berjumpa dengan mereka, maka2, bercerita, bergosip dan lain2 lagi. Miss u All my Friend...

Mood : Seronok + Sedih + Terharu....

Sunday 11 August 2013

MASIH TIDAK BERUBAH


Perubahan? Sangat susah nak ditaksirkan dan sangat susah untuk dilakukan. Perubahan tidak boleh dipaksa kerana ianya daripada hati yang ikhlas. Berusaha tapi x dapat untuk mengubah apa yang berlaku sekarang. Mungkin kita boleh salahkan orang lain tapi kita kena muhasabah diri kita mungkin kita yang masih belum berubah untuk mengubah orang lain. Kecewa sangat dengan keadaan sekarang, rasa mahu pergi jauh lari dari permasalahan yang terus berlaku ini. 

Ikutkan hati yang kecewa ini, aku mahu berundur diri. Tak sanggup masih ada di sini padahal hati ini sangat sakit. Sakit melihat mereka2 yang aku sayangi hanyut terus. Ya Allah kau ampunilah dosa2ku ini. Sesungguhnya ini adalah syawal yang paling sedih buat aku, tapi aku harus gembira meraikannya.

Bila menonton satu cerita di ASTRO OASIS iaitu cerita MASIHKAH ADA RAMADHAN? Sangat sedih bila satu dialog cerita itu yang mengatakan......."Ramadhan dan Syawal tak payah datang pun takpe tahun ni daripada aku tengok anak-anak aku buat dosa....... Sangat insaf sampai x sedar air mata ni jatuh bercucuran. Sesunguhnya aku ingin bertaubat kepadamu ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, dosa2 orang yang aku sayangi. Amin.......

Friday 2 August 2013

SELAMAT HARI RAYA


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...

Buat semua yang mengenali diriku ini, kalau salah dan silap ada aku buat harap dimaafkan. Semoga hari raya yang akan tiba memberi rahmat buat kita semua..