Tuesday 16 July 2013

BERKAT BULAN RAMADHAN

Hari ni dah masuk ramadhan yang ke-8. Alhamdulilah masih diberi nafas untuk terus hidup di bumi Allah yang indah ini. Makhluk mana di muka bumi ini tidak diuji dengan dugaan? Haiwan juga turut diberikan dugaan tetapi mungkin kita manusia ni x sedar.

Hampir dua minggu aku dilanda kebimbangan. Banyak benda yang aku bimbangkan. Kerana satu amanah yang diberikan kepada aku dan disitu jugalah aku tahu ada orang yg x suka kita, cemburu pada aku. Apalah dia nak cemburukan aku. Bukan ada apa pun pada diri aku ni.

Alhamdulilah...... minggu lepas amanah itu telah ku ceritakan pada orang yang betul dan ianya diselesaikan dengan cara yang baik. Gembira sangat sebab kebimbangan akan hal itu yang kadang kala membuat aku stress tapi ianya satu pengalaman yang sangat baik.

Betul kadang2 benda yg berat itu perlu kita ceritakan pada orang untuk mengurangkan beban di bahu tapi amanah dari orang yang percaya pada kita perlulah kita jaga. Aku amat bersyukur kawan2 sentiasa memberi kata perangsang.

X payahlah kita nak ceritakan benda yg x betul kepada orang lain sedangkan kita tahu itu satu kesalahan. Alhamdulilah...... sekarang nama aku telah dibersihkan dan aku amat bersyukur pada mu ya Allah. Thank You Allah.

Betul ek doa orang yang teraniaya ni akan termakbul? Sekarang aku rasa lega walaupun hamba Allah itu tidak bersemuka dengan aku dan memohon maaf atas benda yang dia buat pada aku tu.

Sekarang aku diberi satu amanah lagi untuk menolong anak istimewaku menuju ke jalan yang benar. InsyaAllah akan aku lakukan hingga dapat mengubahnya menjadi lebih baik. Di samping dapat juga aku mengubah diri aku ini.

Berkat bulan Ramadhan yang mulia ini.

No comments:

Post a Comment