Friday 7 June 2013

99 Kali Rindu.....

Assalammualaikum semua.....

Pagi ni berkesempatan untuk menonton cerita 99 kali rindu, rupanya cerita ni sambungan cerita 7 Petala Cinta. Cerita yang membuatkan aku menangis, insaf dan ingat pada semua yang aku sayang. 

Sebagai orang islam kita hendaklah sentiasa berdoa jika berlaku dugaan pada kita dan bersyukur bila dapat apa yang kita mahu. Bila tengok cerita ni aku mula ingat pada dosa2 yang pernah aku lakukan. Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku ini sesungguhnya aku banyak melakukan kekhilafan Ya Allah. 

Kedua, membuat aku teringat pada keluargaku, Ya Allah, bayangkanlah jika aku xde mak ayah macamana, mesti sedih. Terus rasa nak peluk mak dengan ayah aku. Aku tahu aku banyak wat salah juga dengan mereka. Rindu telatah adik-adikku yang mencuit hati. Sekejap je rasa cuti kali ni. Nanti raya aku balik lagi. Tanpa mereka siapalah aku kan. Ya Allah, panjangkanlah umur keluarga ku Ya Allah.

Selain itu, aku juga merindui arwah nenek dan atukku. Ya Allah rindu sangat dengan mereka. Rasa baru semalam kau mengambil mereka pergi daripadaku. Rindu sangat pada mereka, hanya Allah yang tahu. Tiada sesiapa yang dapat menganti mereka. Ingat lagi semasa aku demam arwah neneklah yang selalu memicit kepalaku. Bila aku muram, mereka selalu menanyakan aku dan sentiasa menjadi pendengar yang baik bagi setiap apa yang aku perkatakan. Kenapa cepat sangat mereka pergi, aku rindu sangat pada mereka Ya Allah. Wan, Apak maafkan aku ya. Al fatihah buat mereka. 

Terima kasih Ya Allah kerana segala doaku kau makbulkan. Terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menolong aku bila aku dalam kesusahan. Walaupun aku berseorangan, tapi kau telah menemukan aku dengan sahabat2 yang baik padaku Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki pada mereka2 yang menolongku Ya Allah. X lupa juga pada anak2 muridku, maafkan cikgu jika cikgu ada marah dan membuat kalian bersedih. Nanti hari isnin kita jumpa ya....

Marilah sama2 juga kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana dia sentiasa ingat kepada diri kita. Ya Rasullulah kau lah model kepada kami semua. 

1:12 p.m

Mood : Rindu pada mereka semua.


Sunday 2 June 2013

Last Day Kat Kampung

Selamat pagi semua.....

Bulan Jun dah muncul, cepatnya masa berlalu. Hari ni hari terakhir di kampung, esok dah balik ke Shah Alam sebab 5-7 hb ada kursus. Semalam menghadiri dua majlis perkahwinan di sekitar kawasan rumah. Macam biasalah soalan org kat kita yg masih bujang ni. Bila nak kawin? Dah ada calon ke? Cepat2lah nak rasa nasi minyak lak. Aku mampu senyum jer.. Senyum dan terus senyum. Ada jodoh kawinlah aku nanti. Doalah untuk aku ya kawan2 sekalian...

Balik kampung aku suka duk umah jer. X tahu nak pi mana. Xde siapa yg mahu di ajak kuar. Biasalah org lain dah kawin kan. aku je tak lagi.

MOOD : Biarlah apa org nak kata, just senyum jer...