Assalammualaikum semua.....
Pagi ni berkesempatan untuk menonton cerita 99 kali rindu, rupanya cerita ni sambungan cerita 7 Petala Cinta. Cerita yang membuatkan aku menangis, insaf dan ingat pada semua yang aku sayang.
Sebagai orang islam kita hendaklah sentiasa berdoa jika berlaku dugaan pada kita dan bersyukur bila dapat apa yang kita mahu. Bila tengok cerita ni aku mula ingat pada dosa2 yang pernah aku lakukan. Ya Allah, Ampunkanlah dosa-dosaku ini sesungguhnya aku banyak melakukan kekhilafan Ya Allah.
Kedua, membuat aku teringat pada keluargaku, Ya Allah, bayangkanlah jika aku xde mak ayah macamana, mesti sedih. Terus rasa nak peluk mak dengan ayah aku. Aku tahu aku banyak wat salah juga dengan mereka. Rindu telatah adik-adikku yang mencuit hati. Sekejap je rasa cuti kali ni. Nanti raya aku balik lagi. Tanpa mereka siapalah aku kan. Ya Allah, panjangkanlah umur keluarga ku Ya Allah.
Selain itu, aku juga merindui arwah nenek dan atukku. Ya Allah rindu sangat dengan mereka. Rasa baru semalam kau mengambil mereka pergi daripadaku. Rindu sangat pada mereka, hanya Allah yang tahu. Tiada sesiapa yang dapat menganti mereka. Ingat lagi semasa aku demam arwah neneklah yang selalu memicit kepalaku. Bila aku muram, mereka selalu menanyakan aku dan sentiasa menjadi pendengar yang baik bagi setiap apa yang aku perkatakan. Kenapa cepat sangat mereka pergi, aku rindu sangat pada mereka Ya Allah. Wan, Apak maafkan aku ya. Al fatihah buat mereka.
Terima kasih Ya Allah kerana segala doaku kau makbulkan. Terima kasih kerana mengurniakan aku sahabat2 yang sentiasa menolong aku bila aku dalam kesusahan. Walaupun aku berseorangan, tapi kau telah menemukan aku dengan sahabat2 yang baik padaku Ya Allah. Kau murahkanlah rezeki pada mereka2 yang menolongku Ya Allah. X lupa juga pada anak2 muridku, maafkan cikgu jika cikgu ada marah dan membuat kalian bersedih. Nanti hari isnin kita jumpa ya....
Marilah sama2 juga kita berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana dia sentiasa ingat kepada diri kita. Ya Rasullulah kau lah model kepada kami semua.
1:12 p.m
Mood : Rindu pada mereka semua.
Friday, 7 June 2013
Sunday, 2 June 2013
Last Day Kat Kampung
Selamat pagi semua.....
Bulan Jun dah muncul, cepatnya masa berlalu. Hari ni hari terakhir di kampung, esok dah balik ke Shah Alam sebab 5-7 hb ada kursus. Semalam menghadiri dua majlis perkahwinan di sekitar kawasan rumah. Macam biasalah soalan org kat kita yg masih bujang ni. Bila nak kawin? Dah ada calon ke? Cepat2lah nak rasa nasi minyak lak. Aku mampu senyum jer.. Senyum dan terus senyum. Ada jodoh kawinlah aku nanti. Doalah untuk aku ya kawan2 sekalian...
Balik kampung aku suka duk umah jer. X tahu nak pi mana. Xde siapa yg mahu di ajak kuar. Biasalah org lain dah kawin kan. aku je tak lagi.
MOOD : Biarlah apa org nak kata, just senyum jer...
Bulan Jun dah muncul, cepatnya masa berlalu. Hari ni hari terakhir di kampung, esok dah balik ke Shah Alam sebab 5-7 hb ada kursus. Semalam menghadiri dua majlis perkahwinan di sekitar kawasan rumah. Macam biasalah soalan org kat kita yg masih bujang ni. Bila nak kawin? Dah ada calon ke? Cepat2lah nak rasa nasi minyak lak. Aku mampu senyum jer.. Senyum dan terus senyum. Ada jodoh kawinlah aku nanti. Doalah untuk aku ya kawan2 sekalian...
Balik kampung aku suka duk umah jer. X tahu nak pi mana. Xde siapa yg mahu di ajak kuar. Biasalah org lain dah kawin kan. aku je tak lagi.
MOOD : Biarlah apa org nak kata, just senyum jer...
Friday, 31 May 2013
KAKI AMPU VS JUJUR
Selamat pagi semua......
Korang biasa x mengampu? Best x jadi kaki ampu? Hahaha... Kaki ampu ni selalunya akan mengeluarkan ayat2 yang best untuk membuat ketua @ bos mereka cair dan dapat menarik minat ketua itu untuk percaya pada kata2 mereka walaupun tidak benar. Ada juga yang mengukir ayat2 best untuk menutup apa yang x mampu mereka buat contohnya......" saya tahu nak buat benda tu dan saya dah biasa buat tapi.........". Mesti ada perkataan tapi.....
Tapi bila seseorang tu jujur bgtahu yg dia x boleh buat, si ketua mulalah buat muka. Lepas tu akan "mark" org tu x boleh buat kerja. Kadang2 x faham dengan ketua ni, orang yg jujur selalu diberi amaran tapi org yg kaki ampu ni aduhai dibelai2 walaupun kerja x jalan. Aku dapat info ni dari kawan2 yg dah terkena dengan bos mereka.
So bagi siapa yang kaki ampu tu, insaf2lah, kesian pada kawan2 sekerja anda yang jujur. Klau nak naik pun jadilah org yg jujur menjalankan tugas kerana Allah sentiasa melihat apa yg anda buat. Pada yg jujur, teruskan kejujuran anda itu kerana suatu hari nanti anda akan mendapat kejayaan yang diimpikan.
MOOD : Sedih lihat perangai manusia ni...
KURSUS lah pulak!!!
Assalammualaikum.......
Baru 4 hari ada di kampung, hari ni dapat call dari sekolah yang aku kena pergi kursus pada minggu hadapan. Baru nak rest. Itulah nasib aku yang bergelar cikgu ni kan. Nak buat macamana dah tanggungjawab kenalah pergi kan.
Baru 4 hari ada di kampung, hari ni dapat call dari sekolah yang aku kena pergi kursus pada minggu hadapan. Baru nak rest. Itulah nasib aku yang bergelar cikgu ni kan. Nak buat macamana dah tanggungjawab kenalah pergi kan.
Siapa cakap yg cikgu rest bila cuti sek. Xde maknanya. Bila2 jer kami kena panggil ok.. Mood nak rest sblm kena pi kursus.
MOOD : SYMP (Saya Yang Menurut Perintah)
Monday, 27 May 2013
Balik Kampung...
Selamat pagi semua....
Aku tengah bersiap2 mahu balik kampung sekejap lagi. Rasa excited bila nak balik kampung. Tapi kali x sempat nak beli apa2 untuk mereka. X sabar nak jumpa Family, kucing dan yg paling penting x sabar nak makan makanan kampung. Kat sini asyik makan bungkus jer. InsyaAllah seminggu lebih akan berada di kampung. Jom2 kita balik kampung.
Aku tengah bersiap2 mahu balik kampung sekejap lagi. Rasa excited bila nak balik kampung. Tapi kali x sempat nak beli apa2 untuk mereka. X sabar nak jumpa Family, kucing dan yg paling penting x sabar nak makan makanan kampung. Kat sini asyik makan bungkus jer. InsyaAllah seminggu lebih akan berada di kampung. Jom2 kita balik kampung.
Tahniah adik2ku...
Alhamdulilah... Hari ni diberi kesempatan untuk melihat adik2ku berada di pentas konvokesyen. Segak bergaya, walaupun aku hanya dapat melihat dari luar tapi sangat berbangga adik2ku. Mereka berlapan pernah datang ke sekolah menjalani praktikal selama 3 bulan,kami sungguh akrab macam adik beradik sendiri. Yang lagi bangga dua orang daripada mereka merupakan insan istimewa, walaupun tidak mendengar dan tidak boleh bertutur Fatimah akhirnya dapat juga segulung ijazah. Sarah pulak bekas ank murid di sekolah tempat aku mengajar akhirnya berjaya menerima segulung ijazah. Ijah pun sama, walaupun kita jrg berbual tapi seronok sesakali bergurau senda di bilik guru.
![]() |
| sempat snap pic dengan dua org ni jer.... Amirah n Nik Amar |
Nik amar, Amirah dan Iryana yang sangat akrab denganku, abg bangga melihat kamu bertiga. Ingat dulu waktu kita kuar bersama pergi IKEA, main bowling dan snap gambar. Sangat seronok dengan kalian. Bila teringat abg rasa nak gelak adik2ku. Sangat happy kita waktu tu, kini kita tidak dapat lagi buat benda2 tu. Terima kasih ya adik2 semua hadir mengembirakan abgmu ini.
Meeze dgn Hafiz yang ku kenali semasa mereka datang ke sekolah membuat PBS di tahun 2009. Masa itu aku masih slim lagi... hihihi. Meeze abg bangga denganmu dik, menerima anugerah praktikum terbaik bukanlah suatu benda yang mudah tanpa usaha. Sangat bangga denganmu, masa abg menjadi mentormu kamu banyak tanya dan sangat rajin. Usahamu itu berhasil dik, maafkan abgmu ini kerana kurang mempunyai masa untuk bersamamu. Hafiz serius tapi sangat sopan orangnya. Bangga melihat kamu semua memakai pkaian menerima ijazah.
P/S : Tahniah adik2ku.. Semoga berjaya dalam karier lak lepas ni. Ada rezeki kita jumpa lagi
Sunday, 26 May 2013
Blog Kedua....
Assalammualaikum buat semua...
Ini adalah blog kedua saya, x lama lagi mungkin menjadi blog utama kerana saya akan menghapuskan blog saya yang dulu... Harap2 ada yang sudi membaca kerana ini akan menjadi diari hidupku. Tempat luahan perasaanku dan tempat segala2nya. Tapi mungkin yg secret2 saya akan rahsiakan di lubuk fikiran hatiku..
P/S: Tempat meluah apa yang terpendam.
Subscribe to:
Posts (Atom)


