Friday 31 May 2013

KAKI AMPU VS JUJUR

Selamat pagi semua......

Korang biasa x mengampu? Best x jadi kaki ampu? Hahaha... Kaki ampu ni selalunya akan mengeluarkan ayat2 yang best untuk membuat ketua @ bos mereka cair dan dapat menarik minat ketua itu untuk percaya pada kata2 mereka walaupun tidak benar. Ada juga yang mengukir ayat2 best untuk menutup apa yang x mampu mereka buat contohnya......" saya tahu nak buat benda tu dan saya dah biasa buat tapi.........". Mesti ada perkataan tapi..... 

Tapi bila seseorang tu jujur bgtahu yg dia x boleh buat, si ketua mulalah buat muka. Lepas tu akan "mark" org tu x boleh buat kerja. Kadang2 x faham dengan ketua ni, orang yg jujur selalu diberi amaran tapi org yg kaki ampu ni aduhai dibelai2 walaupun kerja x jalan. Aku dapat info ni dari kawan2 yg dah terkena dengan bos mereka.

So bagi siapa yang kaki ampu tu, insaf2lah, kesian pada kawan2 sekerja anda yang jujur. Klau nak naik pun jadilah org yg jujur menjalankan tugas kerana Allah sentiasa melihat apa yg anda buat. Pada yg jujur, teruskan kejujuran anda itu kerana suatu hari nanti anda akan mendapat kejayaan yang diimpikan.

MOOD : Sedih lihat perangai manusia ni...

No comments:

Post a Comment