Sunday 11 August 2013

MASIH TIDAK BERUBAH


Perubahan? Sangat susah nak ditaksirkan dan sangat susah untuk dilakukan. Perubahan tidak boleh dipaksa kerana ianya daripada hati yang ikhlas. Berusaha tapi x dapat untuk mengubah apa yang berlaku sekarang. Mungkin kita boleh salahkan orang lain tapi kita kena muhasabah diri kita mungkin kita yang masih belum berubah untuk mengubah orang lain. Kecewa sangat dengan keadaan sekarang, rasa mahu pergi jauh lari dari permasalahan yang terus berlaku ini. 

Ikutkan hati yang kecewa ini, aku mahu berundur diri. Tak sanggup masih ada di sini padahal hati ini sangat sakit. Sakit melihat mereka2 yang aku sayangi hanyut terus. Ya Allah kau ampunilah dosa2ku ini. Sesungguhnya ini adalah syawal yang paling sedih buat aku, tapi aku harus gembira meraikannya.

Bila menonton satu cerita di ASTRO OASIS iaitu cerita MASIHKAH ADA RAMADHAN? Sangat sedih bila satu dialog cerita itu yang mengatakan......."Ramadhan dan Syawal tak payah datang pun takpe tahun ni daripada aku tengok anak-anak aku buat dosa....... Sangat insaf sampai x sedar air mata ni jatuh bercucuran. Sesunguhnya aku ingin bertaubat kepadamu ya Allah, kau ampunilah dosa-dosaku, dosa2 orang yang aku sayangi. Amin.......

No comments:

Post a Comment